Sunday, May 23, 2010

Mugilan akan terus desak Samy Vellu undur

Timbalan ketua pemuda MIC, V Mugilan yang dipecat daripada parti itu semalam berikrar akan terus mendesak supaya Datuk Seri S Samy Vellu segera berundur dan meletakkan jawatan presiden parti.
Mugilan dipecat oleh Samy Vellu kerana menuntut pemimpin veteran itu supaya beredar daripada tunggu sehingga September 2011 seperti yang dijanjikannya sebelum ini.
 
"Saya terima surat satu mukasurat pada lebih kirang jam 10 malam semalam yang ditandatangani oleh Samy Vellu. Saya akan failkan rayuan kepada ahli jawatankuasa pusat (CWC) parti pada Isnin," kata Mugilan (kiri, berbaju putih) kepada Malayisakini.
"Satu-satunya sebab bagi pemecatan saya, seperti dinyatakan dalam surat itu, ialah kerana meminta Samy Vellu meletakkan jawatan...ia (pemecatan) tiada kena mengena dengan isu (saya) sabatoj parti dan Barisan Nasional pada pilihan raya kecil Hulu Selangor.
"Surat itu menyatakan saya dipecat daripada parti, berkuatkuasa serta merta, dan saya boleh merayu dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat pemecatan itu, kepada CWC (jawatankuasa kerja pusat, badan pembuat keputusan tertinggi MIC).
Mugilan, akan mengadakan sidang akhbar di Petaling Jaya esok mengenai sebab pemecatannya dan berjanji akan membuat "sesuatu pendedahan besar".
Beliau berkata pelan tindakan drastik terhadap kepimpinan Samy Vellu akan juga diumumkan pada sidang akhbar itu.



Your E-mail and More On-the-Go. Get Windows Live Hotmail Free. Sign up now.

GAS Mugilan untuk jatuhkan Samy

Bekas timbalan ketua pemuda MIC V Mugilan - yang baru dipecat - hari ini melancarkan gerakan besar-besaran, dinamakan GAS atau Gerakan Anti-Samy Vellu bagi menjatuhkan presidennya.
Menurut Mugilan, beliau akan memimpin perhimpunan melawan Samy Velly di Kuala Lumpur pada 30 Mei ini, kemudian diikuti di negeri-negeri lain.
Bercakap dalam sidang media di Petaling Jaya, Mugilan terus mengkritik kepimpinan Samy Velly yang didakwanya puca kegalan MIC dan masyarakat India.
Beliau menjangkakan 7,000 orang akan menyertai perhimpunan pada minggu depan itu, "termasuk beberapa pemimpin kanan MIC yang telah dipecat Samy".
"Kita pernah guna kayu api, hari ini kita guna gas.
"Tetapi kalau ada orang yang ketinggalan zaman mahu gunakan kayu api, saya tidak tahu hendak kata apa," katanya disambut gelak-ketawa pemberita yang hadir.


Hotmail: Powerful Free email with security by Microsoft. Get it now.

Wednesday, May 19, 2010

Samy Vellu didesak undur sekarang, bukan 2011

Samy Vellu didesak undur sekarang, bukan 2011
Mei 19, 10 2:41pm

Rasa tidak puas hati ahli-ahli parti MIC terhadap presiden mereka, Datuk Seri S Samy Vellu terus memuncak, meskipun beliau berjanji untuk melepaskan jawatannya itu pada September 2011.

Pada sidang media hari ini, timbalan ketua pemuda MIC, V Mugilan mendesak Samy Vellu supaya berundur segera. Menurut Mugilan, jika Samy Vellu, yang telah menerajui MIC hampir 30 tahun gagal berundur, MIC akan terkubur pada pilihan raya umum akan datang.

"Sekiranya Samy Vellu tunggu sehingga September 2011, timbalan presiden (G Palanivel) tidak mempunyai masa yang mencukupi bagi melakukan pembaharuan sebelum pilihan raya umum pada 2012," kata Mugilan.

"Samy Vellu selalu mempersalahkan (manatan perdana menteri) Mahathir Mohamed atas segala kegagalannya, tetapi dia sebenarnya yang gagal melakukan perubahaan untuk masyarakat India."